Sunday 25 September 2011

Bahasa dan dialek (masyarakat cina)

Kaum Cina yang terdapat di Malaysia terdiri dari pelbagai dialek.Terdapat 4 kumpulan dialek yang utama di Malaysia iaitu :

Kantonis

Majoriti kaum Cina di Perak,Selangor,KL,Negeri Sembilan dan Pahang adalah daripada kumpulan dialek kantonis.Kumpulan ini juga merupakan kumpulan dialek terbesar disebelah timur negeri Johor dan di Sandakan,Sabah

Hakka

Kumpulan dialek hakka merupakan kumpulan terbesar di Sabah dan Sarawak,sebahagian dari negeri Selangor,Kulai,Johor Bahru,Pahang dan Kuala Lumpur. Ramai juga yg menetap di negeri Perak. Hakka merupakan dialek utama di Kuching,Sarawak.

Hokkien

Kumpulan dialek hokkien adalah kumpulan terbesar di Malaysia dan menguasai dari persisiran pantai negeri Kedah,Penang,Selangor (Klang),Melaka,Johor (Barat),Terengganu dan Kelantan. Dialek ini juga banyak digunakan di Malaysia Timur.

Teochew

Kebanyakan kaum cina daripada kumpulan dialek teochew berada di Penang, selatan Johor (Pontian,Johor Bharu) dan kepulauan Sabah.

Contoh Dialek:

Bahasa Baku
Apa khabar?
Terima kasih
Kantonis
Lei hou ma?
To che
Hokkien
Lu ho bo?
Kam sia
Hakka
Ni hao mao?
Mn koi


Bahasa dan dialek (Masyarakat India)

Bahasa Tamil

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.

Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu
Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:

Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Akka
Kakak
Kadai
Kedai
Kappal
Kapal
Katikam
Ketika
Muthu
Mutiara
Nagaram
negara
Purva
Purba
Raja
Raja
Suniyam
Sunyi
Tali
tali
Udayam
Udaya
Vakai
Bagai
Bhumi
Bumi
Surya
Suria



Bahasa Malayalam

Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan, agama, komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain, pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, Syriak, Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian, manakala loghat-loghat Islam mempunyai banyak perkataan bahasa Arab dan Urdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.
Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghat Namboothiri Malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur bahasa Malayalam.

Bahasa Telegu

Telugu tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia, kedua terbesar bahasa yang dituturi di India selepas Hindi dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan

Contoh dialek masyarakat India

Bahasa Melayu Baku
Apa khabar?
Terima kasih
Tamil
Nalamaga irukkinrirkala?
Nandri
Malayalam
Sugamthanne?
Valare upagaram
Telegu
Kshemama
Dhanya vadhalu


Bahasa dan dialek (Masyarakat Melayu)


Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Namun begitu, bahasa Melayu mempunyai dialek yang berbeza mengikut negeri. Seperti contoh,

Bahasa Melayu baku
Apa khabar?
Terima kasih
Kelantan
Apo kaba?
Trimo kaseh
Melaka
Apa kabau?
Terima kasih
Sabah
Apa khabar?
Tarima kasih
Sarawak
Apa khaba?
Trimak kasih
Negeri Sembilan
Apo  koba?
Terima kasih


Dialek ini melambangkan identiti masyarakat Melayu di seluruh Malaysia dan walaupun setiap negeri mempunyai dialek yang berbeza namun, masyarakat Malaysia masih boleh memahami antara satu sama lain kerana mereka menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu merupakan agen penyatu masyarakat Malaysia

Saturday 24 September 2011

Alat Muzik Tradisional Melayu

Masyarakat Melayu Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa seperti Wayang Kulit di Kelantan, kuda kepang, zapin dan ghazal di Johor serta dabus dan hadrah di Perak. Kesemua kesenian ini bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Penggunaan muzik tradisional Melayu sebagai media warisan amat penting dalam proses komunikasi tradisional bukan hanya melibatkan manusia sahaja, malah alat muzik tradisional juga membantu proses tersebut. Alat muzik ini juga    merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat dan menjadi lambang budaya bangsa. Antara alat muzik tradisional Melayu ialah ;

1) Rebana Ubi
Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

2) Kompang
Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

3) Gambus

Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).

4) Sape

Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.


 
5) Serunai

Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit dan ada kaitan dengan nagashuaram di India Selatan.

6) Rebab

Alat muzik rebab dipercayai berasal dari daerah Kuristan, Iran Utara yang terdapat di seluruh Asia Tenggara. Rebab dikatakan wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w dan dimainkan oleh Raja Sulaiman dan dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi . Rebab bertali dua didapati di Indonesia dan dikenali sebagai "tro khmer" (tro u) di Kampuchea. Alat yang sama dengan rebab di Thai ialah "so sam sai" yang bertali tiga dan dua variasinya ialah "so u so duang" dan yang tali penggeseknya melalui di antara tali alat ini.


7) Gendang

Gendang yang berbentuk bujur, berbentuk tong, geduk, gedombak dan rebana. Gendang bujur menyerupai gendang mridanga dan gendang Mesir dikenali sebagai gendang di Indonesia dan Malaysia, klong khaek di negara Thai dan sam phu di Kampuchea.Gendang yang berbentuk tong dikatakan berasal dari Duhul, Parsi yang dikenali sebagai klong that di negara Thai dan skor thom di Kampuchea.

"Gendang Karo" yang kini popular di Indonesia


8) Gedombak

Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.

Friday 23 September 2011

Warisan Tarian dan Kesenian - Part 2

Terdapat kira-kira 80 kaum etnik di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak. Setiap kaum ini mempunyai warisan tarian dan kesenian yang tersendiri seperti;
  
1) Ngajat

Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.



2) Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

3) Sumazau

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.

gaya burung sedang terbang

4) Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.



Orang Asli

Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

Tarian-tarian perlu sentiasa dipraktiskan supaya ia tidak hilang ditelan zaman.


Warisan Tarian dan Kesenian - Part 1


Kebanyakan tarian dan kesenian di Semenanjung Malaysia telah diwarisi oleh tiga tamadun yang besar di dunia iaitu Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India. Manakala, Sabah dan Sarawak pula mempunyai tarian dan kesenian tersendiri mengikut kaum yang pelbagai di sana. Kesemua tarian dan kesenian ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan sangat kaya dengan budaya yang pelbagai.


Sumbangan Tamadun Islam


Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha. Apabila Islam    datang ke Nusantara, Islam memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Contoh persembahan yang diadaptasikan ialah seperti hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan rebana dan gong. Antara contoh kesenian dari tamadun Islam ialah :


1) Rodat

Rodat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas. Rodat juga dipercayai lahir bersama-sama nazam, maulud, berzanji, zapin, hasiddah, nasyid dan berhadrah.


2) Hadrah

Hadrah berasal dari negara Timur Tengah. Hadrah merupakan paluan gendang bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama, pujian untuk pengantin dan sebagainya


3) Ghazal

Muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain termasuklah Malaysia. Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama dalam majlis-majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara. Lagu Ghazal untuk Rabi'ah merupakan antara lagu ghazal yang popular di Malaysia sehingga kini.


4) Dabus

Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-18 orang yang dibahagikan kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik dabus ialah rebana dan sebiji gong. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan. Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada permulaan persembahan.


5) Nobat

Muzik nobat juga berasal dari istana kerajaan negara-negara Islam di Timur Tengah. Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai Merah Silu. Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan memainkan peranan penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka. Nobat kini menjadi muzik istiadat di istana-istana di Tanah Melayu dan masih di kekalkan hingga ke hari ini. Muzik latar di dalam video di bawah merupakan contoh muzik nobat.


Selain contoh-contoh di atas, antara tarian Melayu yang popular sehingga sekarang ialah ;


1) Mak Yong Melayu

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu


2) Kuda Kepang 

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.




3) Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Semasa Dato' Siti Nurhaliza mengadakan konsert di Royal Albert Hall,London beliau turut mengetengahkan tarian zapin budi. Hal ini dapat mengetengahkan budaya Malaysia yang semakin hilang ditelan zaman.







4) Joget

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


5) Tarian Lilin 

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.


6) Silat

Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.

Sumbangan Tamadun China


1) Tarian Singa 
Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.



Tarian Singa sempena sambutan Tahun Baru China
2) Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.



Sumbangan dari Tamadun India

Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan.Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa pemerintahan Akbar. Tan Sen banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan kee Todi,Miyan kee Malhar, Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar. Terdapat ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior. Beliau menghasilkan empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado UdayChandrovidaya, Raga Mala, Raga Mangaree dan Nartan ataupun Nidayan. Dalam muzik India, Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada daripada Octava iaitu gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava.

1) India Bharata Natyam

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.



2) Bhangra

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.