Thursday 15 March 2012

Pengumuman : Entri Blog Budaya 1 Malaysia Terbaik!

Assalamualaikum wrt wbh

Seperti yang dijanjikan, pada hari ini, cikgu akan mengumumkan entri blog Budaya 1 Malaysia yang terbaik untuk SK Alor Akar, Kuantan, seterusnya, mewakili sekolah kita untuk pertandingan Entri Blog Budaya 1 Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kategori Junior.

Setelah membuat penelitian dengan teliti, entri blog ini telah memperoleh markah tertinggi kerana memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

Entri blog yang dimaksudkan ialah kepunyaan Nur Fatin Nabihah Bt Ismail dari kelas 5 Amanah. Blog beliau boleh dilawati di sini.

Tahniah dan selamat maju jaya cikgu ucapkan. Buat yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.

Salam sayang,
Cikgu Rosnah