Assalamualaikum wrt wbh
Seperti yang dijanjikan, pada hari ini, cikgu akan mengumumkan entri blog Budaya 1 Malaysia yang terbaik untuk SK Alor Akar, Kuantan, seterusnya, mewakili sekolah kita untuk pertandingan Entri Blog Budaya 1 Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kategori Junior.
Setelah membuat penelitian dengan teliti, entri blog ini telah memperoleh markah tertinggi kerana memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
Entri blog yang dimaksudkan ialah kepunyaan Nur Fatin Nabihah Bt Ismail dari kelas 5 Amanah. Blog beliau boleh dilawati di sini.
Tahniah dan selamat maju jaya cikgu ucapkan. Buat yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.
Salam sayang,
Cikgu Rosnah
Kenali Budaya Malaysia
Thursday, 15 March 2012
Saturday, 24 December 2011
Pengumuman : Tarikh Akhir Penghantaran Entri Blog Budaya 1 Malaysia
Assalamualaikum wrt wbh
Ke hadapan murid-murid kesayangan cikgu, jangan lupa bahawa tarikh akhir penyertaan entri blog masing-masing kepada cikgu ialah pada 3 Januari 2012. Entri Blog yang terbaik akan mewakili sekolah kita ke pertandingan "Entri Blog Budaya 1 Malaysia" yang dianjurkan oleh jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia. Penyertaan boleh dihantar kepada cikgu di alamat email cikgu di cikgurosnah@gmail.com.
Masih ada 10 hari berbaki. Selamat berusaha! :)
Keputusan akan diumumkan pada 12 Mac 2012. Pemenang akan menerima hadiah istimewa daripada pihak sekolah.
Sekian

Wednesday, 2 November 2011
Teknik membuat Entri Blog yang baik
Di sini, cikgu ingin berkongsi dengan murid-murid sekalian tentang teknik membuat entri blog yang baik. Semoga bermanfaat dan muri-murid boleh mempraktikkannya untuk pertandingan "Entri Blog Budaya 1 Malaysia" nanti.
1) Tajuk yang ringkas dan informatif
Tajuk mestilah ringkas tetapi informatif dan dapat melambangkan keseluruhan entri yang hendak ditulis. tajuk yang menarik juga akan menarik minat pembaca.
2. Isi yang ringkas dan padat dengan maklumat
Pembaca tidak suka akan tulisan yang panjang. gambar,video dan isi mesti diseimbangkan dengan baik. Isi perlu lengkap dan pemilihan perkataan perlu tepat supaya maklumat mudah difahami
3. Sumber
Kita mesti membiasakan diri menulis sumber atau artikel berkaitan yang dibaca untuk menulis sesuatu entri supaya pembaca yakin dengan apa yang kita tuliskan jika entri kita bersifat fakta.
Itu sahaja daripada cikgu buat masa ini. Semoga bermanfaat! :)

Saturday, 1 October 2011
Syarat-syarat Pertandingan "Entri Blog Budaya 1 Malaysia"
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan Kempen "Budaya 1 Malaysia" pada Mei 2012. Oleh itu, sebuah pertandingan mereka satu Entri Blog yang paling menarik tentang budaya Malaysia akan diadakan dan dibahagikan kepada empat kategori iaitu
1) Segala isi kandungan mestilah asli dan mengandungi gambar, video dan penerangan yang baik
2) Mempunyai kreativiti tersendiri dan merangkumi sebanyak mungkin maklumat tentang budaya Malaysia
3) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
4) Tarikh akhir penghantaran entri blog ialah pada 15 April 2012 dan pemenang akan diumumkan semasa Kempen "Budaya 1 Malaysia" pada Mei 2012
5) Penyertaan secara individu sahaja
6) Hanya entri blog akan dinilai, bukan blog secara keseluruhannya. Oleh itu, peserta harus menggunakan sebanyak mungkin kemahiran untuk membuat entri blog yang bagus
- Kategori Junior : untuk peserta berusia 9 hingga 12 tahun
- Kategori Senior : untuk peserta berusia 13 hingga 16 tahun
- Kategori Remaja : untuk peserta berusia 17 hingga 20 tahun
- Kategori Dewasa : untuk peserta berusia 21 tahun dan ke atas
Syarat-syarat pertandingan ialah
2) Mempunyai kreativiti tersendiri dan merangkumi sebanyak mungkin maklumat tentang budaya Malaysia
3) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
4) Tarikh akhir penghantaran entri blog ialah pada 15 April 2012 dan pemenang akan diumumkan semasa Kempen "Budaya 1 Malaysia" pada Mei 2012
5) Penyertaan secara individu sahaja
6) Hanya entri blog akan dinilai, bukan blog secara keseluruhannya. Oleh itu, peserta harus menggunakan sebanyak mungkin kemahiran untuk membuat entri blog yang bagus
Sunday, 25 September 2011
Bahasa dan dialek (masyarakat cina)
Kaum Cina yang terdapat di Malaysia terdiri dari pelbagai dialek.Terdapat 4 kumpulan dialek yang utama di Malaysia iaitu :
Kantonis
Majoriti kaum Cina di Perak,Selangor,KL,Negeri Sembilan dan Pahang adalah daripada kumpulan dialek kantonis.Kumpulan ini juga merupakan kumpulan dialek terbesar disebelah timur negeri Johor dan di Sandakan,Sabah
Hakka
Kumpulan dialek hakka merupakan kumpulan terbesar di Sabah dan Sarawak,sebahagian dari negeri Selangor,Kulai,Johor Bahru,Pahang dan Kuala Lumpur. Ramai juga yg menetap di negeri Perak. Hakka merupakan dialek utama di Kuching,Sarawak.
Hokkien
Kumpulan dialek hokkien adalah kumpulan terbesar di Malaysia dan menguasai dari persisiran pantai negeri Kedah,Penang,Selangor (Klang),Melaka,Johor (Barat),Terengganu dan Kelantan. Dialek ini juga banyak digunakan di Malaysia Timur.
Teochew
Kebanyakan kaum cina daripada kumpulan dialek teochew berada di Penang, selatan Johor (Pontian,Johor Bharu) dan kepulauan Sabah.
Contoh Dialek:

Bahasa Baku | Apa khabar? | Terima kasih |
Kantonis | Lei hou ma? | To che |
Hokkien | Lu ho bo? | Kam sia |
Hakka | Ni hao mao? | Mn koi |
Bahasa dan dialek (Masyarakat India)
Bahasa Tamil
Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.
Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu
Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:

Bahasa Tamil | Bahasa Melayu | |
Akka | Kakak | |
Kadai | Kedai | |
Kappal | Kapal | |
Katikam | Ketika | |
Muthu | Mutiara | |
Nagaram | negara | |
Purva | Purba | |
Raja | Raja | |
Suniyam | Sunyi | |
Tali | tali | |
Udayam | Udaya | |
Vakai | Bagai | |
Bhumi | Bumi | |
Surya | Suria |
Bahasa Malayalam
Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan, agama, komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain, pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, Syriak, Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian, manakala loghat-loghat Islam mempunyai banyak perkataan bahasa Arab dan Urdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.
Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghat Namboothiri Malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur bahasa Malayalam.
Bahasa Telegu
Telugu tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia, kedua terbesar bahasa yang dituturi di India selepas Hindi dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan
Contoh dialek masyarakat India

Bahasa Melayu Baku | Apa khabar? | Terima kasih |
Tamil | Nalamaga irukkinrirkala? | Nandri |
Malayalam | Sugamthanne? | Valare upagaram |
Telegu | Kshemama | Dhanya vadhalu |
Bahasa dan dialek (Masyarakat Melayu)
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Namun begitu, bahasa Melayu mempunyai dialek yang berbeza mengikut negeri. Seperti contoh,
Bahasa Melayu baku | Apa khabar? | Terima kasih |
Kelantan | Apo kaba? | Trimo kaseh |
Melaka | Apa kabau? | Terima kasih |
Sabah | Apa khabar? | Tarima kasih |
Sarawak | Apa khaba? | Trimak kasih |
Negeri Sembilan | Apo koba? | Terima kasih |
Dialek ini melambangkan identiti masyarakat Melayu di seluruh Malaysia dan walaupun setiap negeri mempunyai dialek yang berbeza namun, masyarakat Malaysia masih boleh memahami antara satu sama lain kerana mereka menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu merupakan agen penyatu masyarakat Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)