Wednesday, 2 November 2011

Teknik membuat Entri Blog yang baik

Di sini, cikgu ingin berkongsi dengan murid-murid sekalian tentang teknik membuat entri blog yang baik. Semoga bermanfaat dan muri-murid boleh mempraktikkannya untuk pertandingan "Entri Blog Budaya 1 Malaysia" nanti.


1) Tajuk yang ringkas dan informatif


Tajuk mestilah ringkas tetapi informatif dan dapat melambangkan keseluruhan entri yang hendak ditulis. tajuk yang menarik juga akan menarik minat pembaca.


2.  Isi yang ringkas dan padat dengan maklumat


Pembaca tidak suka akan tulisan yang panjang. gambar,video dan isi mesti diseimbangkan dengan baik. Isi perlu lengkap dan pemilihan perkataan perlu tepat supaya maklumat mudah difahami


3. Sumber


Kita mesti membiasakan diri menulis sumber atau artikel berkaitan yang dibaca untuk menulis sesuatu entri supaya pembaca yakin dengan apa yang kita tuliskan jika entri kita bersifat fakta.


Itu sahaja daripada cikgu buat masa ini. Semoga bermanfaat! :)


Cikgu Rosnah

No comments:

Post a Comment